About Me

My photo
Seorang anak,isteri,ibu dan kerani:)

Search

Total Pageviews

Sunday 27 October 2013

PAVLOVA

Assalamualaikum

hai..arini nak share pengalaman pertama kali membuat pavlova..start minat nak buat pavlova ni lepas beli pavlova kt 'Durian Crepe gua musang' dia jual pelbagai kek,Durian Crepe dan juga pavlova...aritu aku beli kat dia Snow cheese cake dan pavlova..rasanya sedap ..but mahal ckit la macam tak puas jer nak makan..aku pun apa lagi terus cari kat google resepi pavlova ni....so tengok macam mudah jer plak nak buat, aku pun try la wat...huhu menjadi la juga but huduh la ckit ...ok ni nak share resepi yang aku copy kt google:

Bahan-bahan meringue:

4 biji telur(putihnya sahaja)
3/4 gula
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila

untuk hiasan atas meringue:

1/2 cawan Whipping Cream
buah-buah(cth stawbery,kiwi dan anggur)

Cara membuatnya:


  • Pukul putih telur dengan mixer hingga putih dan bertanduk hehhe 
  • Kemudian masukkan gula pukul lagi hingga gula betul-betul sebati
  • Kemudian masukkan tepung jagung, cuka makan dan esen vanila
  • Then bila sudah siap, letak kan adunan tadi kt dalam loyang, loyang tu perlu la di alas dengan kertas minyak yer.
  • Panaskan oven dengan suhu 150C selama 15 minit.Kemudian turun kan suhu kepada 130c then bakar sehingga 1 jam lebih.
  • Sambil tunggu bahan tadi masak, ble la kita potong buah dan pukul Whipping Cream untuk letak atas meringue tu ek.
  • Bila dah siap bakar, pavlova tadi tu biar sejuk dulu then baru letak whipping cream dan buah-buah ek..then bole la makan :)
    ni la pavlova yang aku buat..huduh jer rupanya
p/s:Merata dah cari stawbery tak da so letak la buah yang ada 



No comments:

Post a Comment