About Me

My photo
Seorang anak,isteri,ibu dan kerani:)

Search

Total Pageviews

Wednesday 15 January 2014

Kabinet Dapur Impian jadi Nyata..

Assalamualaikum.
Arini nak cerita pasal kabinet dapur. Alhamdulillah, kabinet impianku menjadi kenyataan...sebelum dapur direnovate lg aku duk sibuk survey-survey rekabentuk kabinet untuk dapur. Bolehkan hari-hari duk search kt google gambar-gambar kabinet. Last-last berkenan kat gambar kabinet en.suami yang print kat pejabat dia. Dia pun kata kabibet tu pun cun dan simple. Kira citarasa sama la tang pilih reka bentuk dan colornya huhu. Warna tema kabinet kami warna taik cicak haha..hitam putih. Kabinet bahagian atas warna hitam yang kt bawah warna putih macam nak cream..suka2 btul color mcmtu.

Kabinet tu ditempah pada bulan Disember siap pasangnya pada 13 Jan 2014..lama gak tunggu..bukannya sebab kabinet yang aku tempah tu besar sangat or grand sangat pun tapi kedai kabinet tu banyak sangat terima tempahan. So ikut turn ler..Aku tempah kabinet tu kt kedai Home Kitchen  kat Gua Musang jer. Aku pilih jenis fomica jer murah ckit. Wat simple-simple jer  ikut kemampuan la.



                                                                                              



Kat atas tu dah letak pic kabinet dapur yang telah siap..k wassalam

Sunday 12 January 2014

Taska Baru

Assalamualaikum...
Hari ini nak cerita pasal my lovely son Muhamad Nuzzul Aalif, masuk tahun baru 2014 ni aalif terpaksa ku hantar je taska baru kerana taska lamanya telah tutup kerana masalah kekurangan pekerja.

Aalif kini aku hantar ke taska yang bernama Pusat Jagaan Anakku Khalifah. Taska berdekatan dengan tempat kerja ku.Mula-mula tu rasa risau juga aalif tu wat perangai sebab ubah taska..kang jumpa kawan baru, cikgu baru dan suasana baru.Alhamdulillah aalif bole trima duk kat taska baru tu..lega rasanya.Setiap hari aku whats app kt taska tu tanya keadaan aalif. Setiap hari juga aku menjengah masuk ke facebook taska tersebut untuk mengetahui aktiviti yang dilaksanakan di taska aalif.
Ni gambar aalif tengah makan kat taska

Anak mama dah pandai melukis



Happy rasa dapat lihat aalif boleh sesuaikan diri ditaska baru. Harap aalif gembira ditaska baru.ok tu jer nak cerita pasal taska baru.



Wednesday 1 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum..

Hai..my blog yang tak selalu update..just nak ucapkan selamat tahun baru 2014..huhu kejap jer rasa dah masuk tahun baru..hari ini start anak ku Aalif masuk taska baru, nasib baik tak meragam teruk sebab taska lama nya telah ditutup kerana ketiadaan pekerja..sedih..sedih aku rasa sebab dah senang nak hantar aalif kat taska tue dekat dengan rumah...nak wat macama mana sampai kat situ aje rezeki Aalif duk kat taska tue..

Sempena tahun baru ini kuharapkan segala urusan dalam kehidupan ku ini bertambah baik...moga rezeki bertambah dan mendapat kesihatan yang baik. Memandangkan sekarang ini kesihatan ku kini agak tidak memuaskan..hari sabtu ini aku akan wat scan plak..nak tau sakit ape?biar la rahsia.Doakan segalanya ok..bye..bye