About Me

My photo
Seorang anak,isteri,ibu dan kerani:)

Search

Total Pageviews

Thursday 12 March 2015

Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum
Lama dah xupdate ... kt blog..sejak duk cawangan baru ni xsempat nk berblog..sibuk layan perasaan..hehe..sedih la tangung salah orang buat skandal kt pejabat..adat dunia kalo xjadi kaki kipas atau aircond memang la bos tak suka.oppss..lari dari tajuk plak...Sebenarnya nak cerita pasal kite g majlis perkahwinan kakak ipar..

Majlis tu berlangsung pada 22/12/2014...sebelah suami kak ipar pada 30/11/2014, berlangsung di Melaka.

Majlis kak ipar berlangsung di Bukit Merbau, Selising,kelantan...Meriah juga walaupun buat majlis kesyukuran sahaja.Ade Majlis bersanding,makan beradab dan potong kek.

ni kita nak tunjuk gambar majlis kt kelantan..temanya warna merah..kite pun pakai baju warna merah


Majis Bersanding


okies..sekarang nak share gambar majlis di Melaka pulak..kat sana tema hijau..

okies itu saje..bye..bye



Wednesday 19 February 2014

Takdir.......

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Hanya padaMu ya robbi



Tak ada apa yang aku nk update kat blog ni  cuma lirik lagu Takdir wat tatapan sendiri..bertimpa-timpa musibah menimpa diri ini..menangung kesalahan insan lain...

Saturday 8 February 2014

Tuhan Berikan Aku Kekuatan

Assalamualaikum..


Awal tahun 2014 ni banyak benda yang menyedihkan serta menyakitkan hati terjadi pada aku..ini la nasib seorang kuli yang tak pandai mengipas bos serta seorang insan yang tak suka berpura-pura serta bermuka-muka..memang ini la nasib seorang insan yang terlalu jujur dan mendiamkan diri..seringkali dibuli serta diperkotak katik kan oleh insan lain yang berhati busuk lagi bermuka-muka..ya tuhan ku berila aku kekuatan untuk hadapi semua ini..aku tak cukup kuat untuk hadapi ini semua sendirian..aku harap dapat kuar dari semua ini..ku harap ada satu keajiban membolehkan aku berpindah tempat kerja di tempat lain yang lebih menghargai aku dan boleh menerimaku seadanya..

Saat aku terseksa di ketika ini pastinya insan yang berhati busuk itu cukup bahagia dan gembira dengan keadaan ku ini..aku harap dapat hidup jauh dari manusia seperti dia..biar dia dengan hidupnya itu ..biar dia bergembira degan apa yang dia capai sekarang ini..aku redha..tapi ingatlah hidup ini ibarat roda ada kalanya kita dibawah ada kalanya kita diatas....aku bukan manusia yang suka membalas dendam atau berdendam tapi aku cukup bersyukur kiranya aku dapat hidup jauh dari manusia seperti dia..ku harap suatu hari nanti dia akan mendapat satu pengajaran dari tuhan agar dia akan berubah menjadi insan yang lebih baik.



Wednesday 15 January 2014

Kabinet Dapur Impian jadi Nyata..

Assalamualaikum.
Arini nak cerita pasal kabinet dapur. Alhamdulillah, kabinet impianku menjadi kenyataan...sebelum dapur direnovate lg aku duk sibuk survey-survey rekabentuk kabinet untuk dapur. Bolehkan hari-hari duk search kt google gambar-gambar kabinet. Last-last berkenan kat gambar kabinet en.suami yang print kat pejabat dia. Dia pun kata kabibet tu pun cun dan simple. Kira citarasa sama la tang pilih reka bentuk dan colornya huhu. Warna tema kabinet kami warna taik cicak haha..hitam putih. Kabinet bahagian atas warna hitam yang kt bawah warna putih macam nak cream..suka2 btul color mcmtu.

Kabinet tu ditempah pada bulan Disember siap pasangnya pada 13 Jan 2014..lama gak tunggu..bukannya sebab kabinet yang aku tempah tu besar sangat or grand sangat pun tapi kedai kabinet tu banyak sangat terima tempahan. So ikut turn ler..Aku tempah kabinet tu kt kedai Home Kitchen  kat Gua Musang jer. Aku pilih jenis fomica jer murah ckit. Wat simple-simple jer  ikut kemampuan la.



                                                                                              



Kat atas tu dah letak pic kabinet dapur yang telah siap..k wassalam

Sunday 12 January 2014

Taska Baru

Assalamualaikum...
Hari ini nak cerita pasal my lovely son Muhamad Nuzzul Aalif, masuk tahun baru 2014 ni aalif terpaksa ku hantar je taska baru kerana taska lamanya telah tutup kerana masalah kekurangan pekerja.

Aalif kini aku hantar ke taska yang bernama Pusat Jagaan Anakku Khalifah. Taska berdekatan dengan tempat kerja ku.Mula-mula tu rasa risau juga aalif tu wat perangai sebab ubah taska..kang jumpa kawan baru, cikgu baru dan suasana baru.Alhamdulillah aalif bole trima duk kat taska baru tu..lega rasanya.Setiap hari aku whats app kt taska tu tanya keadaan aalif. Setiap hari juga aku menjengah masuk ke facebook taska tersebut untuk mengetahui aktiviti yang dilaksanakan di taska aalif.
Ni gambar aalif tengah makan kat taska

Anak mama dah pandai melukis



Happy rasa dapat lihat aalif boleh sesuaikan diri ditaska baru. Harap aalif gembira ditaska baru.ok tu jer nak cerita pasal taska baru.



Wednesday 1 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum..

Hai..my blog yang tak selalu update..just nak ucapkan selamat tahun baru 2014..huhu kejap jer rasa dah masuk tahun baru..hari ini start anak ku Aalif masuk taska baru, nasib baik tak meragam teruk sebab taska lama nya telah ditutup kerana ketiadaan pekerja..sedih..sedih aku rasa sebab dah senang nak hantar aalif kat taska tue dekat dengan rumah...nak wat macama mana sampai kat situ aje rezeki Aalif duk kat taska tue..

Sempena tahun baru ini kuharapkan segala urusan dalam kehidupan ku ini bertambah baik...moga rezeki bertambah dan mendapat kesihatan yang baik. Memandangkan sekarang ini kesihatan ku kini agak tidak memuaskan..hari sabtu ini aku akan wat scan plak..nak tau sakit ape?biar la rahsia.Doakan segalanya ok..bye..bye








Tuesday 10 December 2013

Rumah Idaman Part III

Assalamualaikum..
HiHi..baru pagi tadi Post Part II ni dah Part III dah ?hehe post pagi tadi tu sebenarnya dah lama draft..so post la juga walaupun crita tu dah expire sebenarnya...yang ini post punya cerita terbaru pasal rumah idaman ku ini...nak cerita..aku dan hubby serta anak tercinta telah selamat berpindah ke rumah idaman tersebut pada 4 Disember 2013 (Rabu).Aku minta cuti dua hari ajer rabu dan khamis kemudian Jumaat dan Sabtu memang sudah cuti umum di Kelantan.

Adoi..bukan main lagi letihnya berpindah rumah ni..tuhan sajer tahu..hari nak pindah tu aku hantar anak ke taska, kalau tak hantar memang tak bole pindah rumah la jawabnya..bila kemas-kemas barang tu baru rasa betapa banyaknya barang kat rumah yang aku sewa hanya tiga tahun..menimbun-nimbun..ingatkan sikit jer..tak sedar duk kt situ tiga tahun banyak juga barang yang aku beli...empat hari jugala selesai angkut barang-barang semua sebabnya kami tak sewa lori pun sebab umah yang nak pindah tu tak jauh..then rasa barang tak banyak..kami angkut dengan kereta dan pinjam hilux pejabat jer hehe..empat..lima kali juga la suami aku ulang alik angkut barang guna keta dan hilux pejabat dia..nasib bos dia bagi pinjam..then kawan-kawan tempat kerja suami datang membantu mengangkat barang-barang seperti peti sejuk, sofa,set meja makan, katil serta almari.

Alhamdulillah perpindahan kami berjalan dengan lancar..kami mengangkut barang-barang sampai ke malam hari heheh merasa juga la si AAlif tue suasana berpindah sempat juga la dia tolong-tolong mengemas barang untuk pindah ...ikutkan memang tak nak la ada Aalif time barang-barang bersepah nak diangkut tapi apa kan daya taska ditutup pukul 5 petang ..mesti kena ambil dia..lagi pun kesian gak dia lama-lama kat sana.huhu..kalu nak tahu sehingga hari ini aku dan suami belum lagi selesai mengemas kesemua barang di rumah baru ku itu huhu ..entah bila nak settle ek bersepah-sepah huhu..

ok2 kat sini aku ada kepilkan beberapa gambar suasana berpindah yang sempat aku capture..ada kat bawah ni yer


Ini gambar langsir diruang tamu


Ini lah dapur rumah idamanku yang bersepah sewaktu hari pindah
Ini pulak Si AAlif yang rajin membantu la sangat heheh
Ini saja untuk Rumah Idaman Part III kang ada lagi ni nak cerita..hahah pasal kabinet dapur idaman pun tak cerita lagi ni coz tak siap lagi..bulan depan baru siap..nanti dah siap pasang ambil gambar baru best nak bercerita..oklah sampai kat sini sajer nanti kita story-story lagi..Wassalam :)


Rumah Idaman Part II

Assalamualaikum..

Disini nak sambung crita pasal umah idaman yang penah aku post..aritu tak lulus ag...Arini  nak bagitau rumah idaman ku itu telah dilulus oleh Bahagian Pinjaman Perumahan..Alhamdulillah...sekarang ni suami duk sibuk mengecat rumah...tak sabarnya nak pindah ke rumah sendiri..tapi barang satu ape pun tak packing lagi..adoi..entah la penyakit malas melanda..sebabnya rumah yang nak pindah tu dekat jer pun.. satu taman jer dengan rumah yang disewa sekarang...

Rumah idaman ku itu telah selamat di renovate...bagi besar sedikit di bahagian dapur dan bilik tido untuk keselesaan memasak dan tido hehe.Insya'Allah bulan 12 ini akan berpindah..sedih plak rasa tinggalkan jiran-jiran ..mesti anak aku tu sedih tak dapat nak berkawan dengan anak-anak jiran yang kerap datang ke rumah untuk bermain bersama-sama dia..hope jiran baru nanti ok la macam jiran sekarang ni..

Rumah idaman aku itu berdekatan dengan surau dan sekolah Tadika Perpaduan..mudah la kalau nak hantar Aalif ke sekolah bila dia umur 5 tahun nanti.ok..tu jer nnt sambng lagi pasal hal umah..

Sunday 27 October 2013

PAVLOVA

Assalamualaikum

hai..arini nak share pengalaman pertama kali membuat pavlova..start minat nak buat pavlova ni lepas beli pavlova kt 'Durian Crepe gua musang' dia jual pelbagai kek,Durian Crepe dan juga pavlova...aritu aku beli kat dia Snow cheese cake dan pavlova..rasanya sedap ..but mahal ckit la macam tak puas jer nak makan..aku pun apa lagi terus cari kat google resepi pavlova ni....so tengok macam mudah jer plak nak buat, aku pun try la wat...huhu menjadi la juga but huduh la ckit ...ok ni nak share resepi yang aku copy kt google:

Bahan-bahan meringue:

4 biji telur(putihnya sahaja)
3/4 gula
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila

untuk hiasan atas meringue:

1/2 cawan Whipping Cream
buah-buah(cth stawbery,kiwi dan anggur)

Cara membuatnya:


  • Pukul putih telur dengan mixer hingga putih dan bertanduk hehhe 
  • Kemudian masukkan gula pukul lagi hingga gula betul-betul sebati
  • Kemudian masukkan tepung jagung, cuka makan dan esen vanila
  • Then bila sudah siap, letak kan adunan tadi kt dalam loyang, loyang tu perlu la di alas dengan kertas minyak yer.
  • Panaskan oven dengan suhu 150C selama 15 minit.Kemudian turun kan suhu kepada 130c then bakar sehingga 1 jam lebih.
  • Sambil tunggu bahan tadi masak, ble la kita potong buah dan pukul Whipping Cream untuk letak atas meringue tu ek.
  • Bila dah siap bakar, pavlova tadi tu biar sejuk dulu then baru letak whipping cream dan buah-buah ek..then bole la makan :)
    ni la pavlova yang aku buat..huduh jer rupanya
p/s:Merata dah cari stawbery tak da so letak la buah yang ada