About Me

My photo
Seorang anak,isteri,ibu dan kerani:)

Search

Total Pageviews

Tuesday 10 December 2013

Rumah Idaman Part III

Assalamualaikum..
HiHi..baru pagi tadi Post Part II ni dah Part III dah ?hehe post pagi tadi tu sebenarnya dah lama draft..so post la juga walaupun crita tu dah expire sebenarnya...yang ini post punya cerita terbaru pasal rumah idaman ku ini...nak cerita..aku dan hubby serta anak tercinta telah selamat berpindah ke rumah idaman tersebut pada 4 Disember 2013 (Rabu).Aku minta cuti dua hari ajer rabu dan khamis kemudian Jumaat dan Sabtu memang sudah cuti umum di Kelantan.

Adoi..bukan main lagi letihnya berpindah rumah ni..tuhan sajer tahu..hari nak pindah tu aku hantar anak ke taska, kalau tak hantar memang tak bole pindah rumah la jawabnya..bila kemas-kemas barang tu baru rasa betapa banyaknya barang kat rumah yang aku sewa hanya tiga tahun..menimbun-nimbun..ingatkan sikit jer..tak sedar duk kt situ tiga tahun banyak juga barang yang aku beli...empat hari jugala selesai angkut barang-barang semua sebabnya kami tak sewa lori pun sebab umah yang nak pindah tu tak jauh..then rasa barang tak banyak..kami angkut dengan kereta dan pinjam hilux pejabat jer hehe..empat..lima kali juga la suami aku ulang alik angkut barang guna keta dan hilux pejabat dia..nasib bos dia bagi pinjam..then kawan-kawan tempat kerja suami datang membantu mengangkat barang-barang seperti peti sejuk, sofa,set meja makan, katil serta almari.

Alhamdulillah perpindahan kami berjalan dengan lancar..kami mengangkut barang-barang sampai ke malam hari heheh merasa juga la si AAlif tue suasana berpindah sempat juga la dia tolong-tolong mengemas barang untuk pindah ...ikutkan memang tak nak la ada Aalif time barang-barang bersepah nak diangkut tapi apa kan daya taska ditutup pukul 5 petang ..mesti kena ambil dia..lagi pun kesian gak dia lama-lama kat sana.huhu..kalu nak tahu sehingga hari ini aku dan suami belum lagi selesai mengemas kesemua barang di rumah baru ku itu huhu ..entah bila nak settle ek bersepah-sepah huhu..

ok2 kat sini aku ada kepilkan beberapa gambar suasana berpindah yang sempat aku capture..ada kat bawah ni yer


Ini gambar langsir diruang tamu


Ini lah dapur rumah idamanku yang bersepah sewaktu hari pindah
Ini pulak Si AAlif yang rajin membantu la sangat heheh
Ini saja untuk Rumah Idaman Part III kang ada lagi ni nak cerita..hahah pasal kabinet dapur idaman pun tak cerita lagi ni coz tak siap lagi..bulan depan baru siap..nanti dah siap pasang ambil gambar baru best nak bercerita..oklah sampai kat sini sajer nanti kita story-story lagi..Wassalam :)


Rumah Idaman Part II

Assalamualaikum..

Disini nak sambung crita pasal umah idaman yang penah aku post..aritu tak lulus ag...Arini  nak bagitau rumah idaman ku itu telah dilulus oleh Bahagian Pinjaman Perumahan..Alhamdulillah...sekarang ni suami duk sibuk mengecat rumah...tak sabarnya nak pindah ke rumah sendiri..tapi barang satu ape pun tak packing lagi..adoi..entah la penyakit malas melanda..sebabnya rumah yang nak pindah tu dekat jer pun.. satu taman jer dengan rumah yang disewa sekarang...

Rumah idaman ku itu telah selamat di renovate...bagi besar sedikit di bahagian dapur dan bilik tido untuk keselesaan memasak dan tido hehe.Insya'Allah bulan 12 ini akan berpindah..sedih plak rasa tinggalkan jiran-jiran ..mesti anak aku tu sedih tak dapat nak berkawan dengan anak-anak jiran yang kerap datang ke rumah untuk bermain bersama-sama dia..hope jiran baru nanti ok la macam jiran sekarang ni..

Rumah idaman aku itu berdekatan dengan surau dan sekolah Tadika Perpaduan..mudah la kalau nak hantar Aalif ke sekolah bila dia umur 5 tahun nanti.ok..tu jer nnt sambng lagi pasal hal umah..

Sunday 27 October 2013

PAVLOVA

Assalamualaikum

hai..arini nak share pengalaman pertama kali membuat pavlova..start minat nak buat pavlova ni lepas beli pavlova kt 'Durian Crepe gua musang' dia jual pelbagai kek,Durian Crepe dan juga pavlova...aritu aku beli kat dia Snow cheese cake dan pavlova..rasanya sedap ..but mahal ckit la macam tak puas jer nak makan..aku pun apa lagi terus cari kat google resepi pavlova ni....so tengok macam mudah jer plak nak buat, aku pun try la wat...huhu menjadi la juga but huduh la ckit ...ok ni nak share resepi yang aku copy kt google:

Bahan-bahan meringue:

4 biji telur(putihnya sahaja)
3/4 gula
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila

untuk hiasan atas meringue:

1/2 cawan Whipping Cream
buah-buah(cth stawbery,kiwi dan anggur)

Cara membuatnya:


  • Pukul putih telur dengan mixer hingga putih dan bertanduk hehhe 
  • Kemudian masukkan gula pukul lagi hingga gula betul-betul sebati
  • Kemudian masukkan tepung jagung, cuka makan dan esen vanila
  • Then bila sudah siap, letak kan adunan tadi kt dalam loyang, loyang tu perlu la di alas dengan kertas minyak yer.
  • Panaskan oven dengan suhu 150C selama 15 minit.Kemudian turun kan suhu kepada 130c then bakar sehingga 1 jam lebih.
  • Sambil tunggu bahan tadi masak, ble la kita potong buah dan pukul Whipping Cream untuk letak atas meringue tu ek.
  • Bila dah siap bakar, pavlova tadi tu biar sejuk dulu then baru letak whipping cream dan buah-buah ek..then bole la makan :)
    ni la pavlova yang aku buat..huduh jer rupanya
p/s:Merata dah cari stawbery tak da so letak la buah yang ada 



Wednesday 23 October 2013

THE JOURNEY

Time waits for no one, sure as the tide pulls the ocean

Sure as the path that's been chosen cannot be changed

In my life's destination, I searched for the explanation

For some kind of reason for my sorrow and pain

But in my isolation, I learned to listen

To be thankful for the love that I'd been given

Chorus:

This is my journey, journey through life

With every twist and turn, I've laughed and cried as the road unwinds

This is my journey, and I've learned to fight

To make me strong enough, to lift me up, to bring my dreams alive

In my desperation, I swore never again

Would I hear all the laughter of my friends and my family

A million tears that I'd cry then began to dry

Silence of the night time

I have come to realize a sweet inspiration filled my horizon

Gave me the heart to go on and never would give in

Repeat Chorus

I'm going to love each moment of every day and every night

I'll look back to the past with the sweetest smile

For now, I realize I've been given the key to life

I've been kissed by the angel by my side

Oh, yeah

Repeat Chorus

To bring my dreams alive

To bring my dreams alive

Kumpulan 911
hihi..nak tahu nape tiba-tiba aku g post lirik lagu The Journey pagi ni?? hehe sebenarnya nk kasi tahu tajuk utama kt blog aku The Journey itu adalah sempena tajuk lagu dari kumpulan 911 ler The Journey..time zaman muda-muda dulu aku minat giler dengan kumpulan ni especially dengan penyanyi utamanya iaitu Lee Brennan ..cute bangat hehhehe tapi tu zaman muda-muda..sekarang ni group ni pun dah berpecah..aku pun tak ambil peduli sangat dah ..maklumlah sebab dah ada dua orang buah hati yang lebih cute dari Lee tue heheh..suami dan anak lerrrrrrr..anyway tu jer nk share kat blog ni..kat sini aku sisipan lagi pic Lee Brennan yang cute bangat tu..kt bawah..k byeeeeeee.

Lee Brennan



Monday 21 October 2013

BEGEDIL

Assalamulaikum

Hai hari ini aku nak share resepi yang simple iaitu Begedil.Malam tadi aku wat Begedil ni so rasa nak share la kat blog aku ni.

Bahan:

  • Isi Ayam
  • Kentang
  • Bawang Goreng
  • Daun Sup
  • Telur
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
Cara-cara Membuatnya:


  1. Potong isi ayam dan kentang sedang-sedang nipis untuk memudahkan dan mempercepatkan proses mengoreng/merebus.(malam tadi aku goreng jer sebab nak cepat.
  2. Kemudian isi ayam dan kentang tersebut hendaklah dilenyek-lenyek atau ditumbuk menggunakan lesung batu yer.
  3. Lepas dah lenyek-lenyek tu gaul la isi ayam dan kentang tu hingga sebati, kemudian masukkan bawang goreng, daun sup, garam, serbuk lada hitam dan telur, gaul kesemua bahan tersebut.
  4. Kemudian gentel-gentel bahan yang telah digaul tadi wat sedarhana besar yer.
  5. Last, sekali goreng begedil tersebut dengan api yang sederhana besar. Goreng hingga nampak keperangan kemudian boleh lah dihidangkan.

p/s: Begedil ni sedap dimakan begitu sahaja atau dengan dimakan bersama bihun sup.

Saturday 19 October 2013

Cuti-Cuti Raya

Assalamualaikum

Hihi nk cerita pasal cuti-cuti sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu.....Sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu aku dan hubby telah mengambil cuti rehat hanya sehari iaitu hari Khamis..but automatik dapat cuti 5hari best kan juga keja di negeri Pantai Timur ni ..sebab cuti raya Haji ni dapat dua hari cuti..selasa &rabu..

Untuk this year turn balik kampung Perak..best:) sebab tahun lepas dah balik Pasir Puteh..kami pulang ke Perak pada Hari Raya pertama..perjalanan mengambil masa dalam tiga jam lebih lah..jika masuk highway melalui simpang pulai..but balik kali ini kami masuk jalan Tapah heheh sebab nk singgah Cameron Highland dulu ler..pusing2 Cameron..singgah2 Pasar Malam ..jalan-jalan cari Makan ler..sejuk nya la kat Cameron..cuaca mendung..angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..nyamanya..best ler..gi sana ada ler beli jagung, jeruk jambu ..ubi rebus yang siap masak tu rm3.00..ayam goreng berempah dua ketul rm5..nasi ayam berempah rm6.00..air kelapa laut rm2.00..air kelapa tu rasa macam air manisan la plak tk macam air kelapa pun..color pun hitam huhu..tertanya2 juga yeke air kelapa..entah2 diorang rebus jer air manisan tue kata air kelapa laut hahah.. ubi rebus tu sedap la rasa lemak-lemak manis..ubi rebus tu ingat nk makan dalam keta but baby mama (AAlif dah minta nk makan time jalan2 kat pasar malam tue..)lepas beli sedikit makanan kami pun meneruskan perjalanan untuk pulang ke Perak.


sempat lagi nk posing kt Pasar Malam Cameron.(Aalif pegang ubi rebus tu)
Hari Raya Haji kat Perak ni tak la meriah sangat sebab cuti hanya sehari.  Beraya pun sehari jer..lepas beraya di Perak kami terus bercuti-cuti Malaysia ke Putrajaya..selain nak berjalan2 kami g putrajaya ni adalah untuk terus menguruskan hal permohonan pinjaman perumahan yang belum selesai..permohonan ku telah dikuiri oleh Bahagian Pinjaman Perumhan kerana ada dokumen yang tidak lengkap..sedih2:(..anyaway still tak selesai lagi..huhu sabar2 tak lari gunung dikejar..hopefully semuanya akan selesai dengan baik.

kita crita lagi pasal jalan-jalan kt Putrajaya..tak da jalan mana sb tak brape tahu jalan .aku duk putrajaya pun dulu dalam setahun lebih jer mana nk tahu sangat..tambahan plak dulu2 awal keja g mana2 naik bas jer tak pikir pasal jalan..tau naik jer..duk dalam bas melayan perasaan..bila agak2 nk sampai tempat yang hendak dituju tekan loceng  bas Nadi Putra jer..kt Putrajaya kami g Alamanda dan umah abg ipar jer..   ..kami pergi ke Putrajaya hari Khamis tido satu malam ..hari Jumaat pulang ke Gua Musang semula...Kami menginap di Chalet Payah Indah Wetland, Dengkil Selangor tak jauh dengan Putrajaya. Ikutkan duk chalet tu kena bayar Rm120.00, disebabkan hubby staff..kami tak perlu bayar ape2


ni lah keadaan dalam Chalet..untuk tido2 ..rehat2
kt Wetland ni ada badak, dan buaya tau hehhe tapi jangan takut la sb kt dalam pagar jer kita boleh la tengok2 yer 


Aalif dan Papa tengah tengok buaya tue

Pada malam Jumaat tu..kami pergi ke I-City, Shah Alam bersama-sama dengan Abang ipar, isteri serta kaum kerabat dia yang lain...





ok..malam tu g I-City jer lepas tu balik chalet terus tido letih2 rasanya...
Hari terakhir di sana kami pergi ke UPM sebelum pulang ke Gua Musang untuk melawat adik ku Iwan :) dan kami bawa Iwan g The Mines jalan-jalan cari makan jer..


belanja adik makan ckit


bersama adik 

lepas makan tu pusing2 jer dalam The Mines tue..



Hubby dan aalif pun posing kt tangga The Mines


Mama Aalif pun nk Posing hehe

Habis jer pusing-pusing kt The Mines kami pun bertolak pulang ke Gua Musang..ok tu ajer cerita cuti-cuti raya bye-bye ;)

Monday 7 October 2013

RUMAH IDAMAN

Assalamualaikum.

Hihi..arini nk story pasal rumah...tengok kawan2 ramai dah mempunyai rumah sendiri....aku pun teringin juga..mcm best jer.....sekarang ni dalam proses untuk memiliki sebuah rumah...proses tu dari bln December tahun lepas hingga la sekarang ni but tak selesai2 lagi..letih sudah menunggu..btul la kata punjangga PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN...mcm2 proses perlu dilalui..aku ni nk beli umah dari orang perseorangan bukannya dari pemaju sebab itu bnyk benar prosedur dan memakan masa yang agak panjang...

Prosedur pertama yang aku perlu buat ialah meminta kelulusan Exco negeri sb rumah yang aku nk beli tu gerannya ada sekatan ...lagipun ..almaklumlah aku ni plak bukan anak negeri Kelantan..mmg agak sukar yer puan2 dan tuan2 semua, orang luar ni nk beli rumah or tanah kat negeri Kelantan...selepas 7 bulan apply untuk kelulusan ..akhirnya aku diberi kelulusan utk membeli rumah tersebut huhu..selepas itu baru lah aku dapt memohon pinjaman perumahan untuk memiliki rumah itu huhu skrg ni masih dalam proses di JPPH dan Bahagian Pinjaman Perumahan...hopefully lulus la yer...hari2 aku buka laman web JPPH dan Bahagian Pinjaman Perumahan untuk mengetahui statusnya.....hehe..nk call  hari2 JPPH takut kna marah plak....huhu terlajak kemaruk tu nk umah

Rumah yang aku nk beli tue terletak di Taman Kesedar Jaya..iaitu di taman perumahan yang aku duk menyewa sekarang ni...but aku sewa sekarang ini , rumah teres..ikutkan, aku suka sgt dng umah yang aku sewa sekarang ni tetapi tuan rumah tu tak nk  jual pada aku :(..nasib ler...ok lah..stop kat sini..kang kalu dah lulus kt JPPH dan Pinjaman Perumahan kite story2 lagi..;)


Rumah yang hendak dibeli ;)

Wednesday 2 October 2013

PERSAHABATAN

Assalamualaikum...


Dok sorg2 ni rindu plak kt kawan2 dan kenangan zaman2 muda dulu... time bujang..time blajar..time awal-awal masuk keja...rindu giler kt kengkawan dulu...rasanya bila dah berumah tangga ni makin kurang kawan...persahabatan tu pun kurang ckit la terjalin dengan rapatnya mcm dulu kala tue..bkn ape time zaman bujuang mmg spend time tu bnyk dng kawan la..habis keja lepak2 dgn kawan..hari minggu pun lepak2 dgn kawan kat umah..g shopping complex..g tengok wayang hahha..

              Time blajar kat Uitm Dungun rapat dgn Baidatul Akma nama glamer or panggilan manja dia 'sara' rindu kt dia..dulu2 mmg tempat meluah perasaan sedih dan happy..lg sorang sahabat yang kerap dengar crita sedih2 ni kawan dari Besut,tganu..bdk tudung labuh ni nama diyarina... tapi dah tinggal kenangan sb setahun blajar kat Dungun minta transfer ke kampung halaman hehhe di UiTM Perak..bkn apa dekat skit dgn family..kos pengangkutan nk blk kg pun rendah then ble la blk kg tiap2 minggu..so berpisah la dng diorg tu, but still contact melalui telefon dan email...walaupun dah terpisah jauh but still dekat dihati tu la persahabatan namanya..bila kat Uitm Perak dapat lah sahabat baru...but tak la se best dan rapat mcm kawan kat Dungun sbnya kerap benar blk ke kampung tak da kerap lepak or jalan2 dng kengkawan di UiTM Perak...biasa la kalu jauh dng family ni kengkawan la jadi family kita ..sakit, pening happy sedih kita bersama mereka...nk blk selalu pun jauh..kos tambang tue yang jd mls nk blk...kalu blk tu bkn kos tambang jer kos makn juga bila duk dlm bas lama2 mesti bnyk bawak bekalan mknana dan minuman..pada hal tak mkn mana pun bawa bekal jer lebih..dalam bas..tido jer memangjang.

                                                      ni la sara..

                 Habis jer blajar terus keja kerani hahhaha..sbrnya sblm habis blajar tue dah dapt keja..lg satu sem nk habis blajar dapt panggilan interview SPA..apa lagi g la try..Alahamdulillah skali interview jer terus dapat..rezeki la..but time kena lapor diri tu minta tangguh sb masih kena praktikal dulu..habis praktikal baru ble lapor diri..nasib pihak SPA benarkan tangguh huhu lega tak da penah mengangur..wlaupun keja biase2 jer janji ada juga keja.Panjang berjela la plak crita.. mcm dah kisah hidup plak bkn pasal persahabatan ni hahha takpelah kisah hidup ni la ble dikaitkan dng wujudnya persahabatan dng kawan2 yang dirindui sekarang ni ..
             Bila dah keja tue dapat kawan2 baru la plak, tue ar persahabatan yang bersilih ganti hehe but kawan2 lama tak pernah dilupakan or lost contact...JPA telah meletakkan diriku ni dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama 6 orang lagi kerani yang lain ...time tu tak kenal sorg pun ..main tegur2 la tak da kawan...lama2 tu kami jadi rapat haa g mkn skali ..gosip2 pun skali..kami ditempatkan di library NRE sblm dipisah-pisahkan dimana2 jabatan or seksyen..hampir seminggu juga la kami bersama ...then persahabatan pun terjalin hehehe..nad,naja,syida,fida,za dan yus la menjadi sahabat baru di alam pekerjaan.


kt library NRE
                               
lepas seminggu kami menetap di library NRE kami pun telah dipisah2kan ke jabatan2 dan seksyen yang telah ditetapkan oleh SUB, BPSM..diriku dan Nad ..insan yang terpilih ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia..huhu aku ditempatkan diseksyen Psikologi..nad plak di bawah Seksyen Perkhidmatan..naja dan syida di JKPTG..fida dibahagian Pentadbiran, za di JAS dan Yus di Bahagian Pembangunan..



Walaupun dipisah2kan but still kadang2 lepak bersama time lunch hahah..sbnya jabatan2 tu smua kt NRE jg. Cuma tak la ble hari2 jumpa dan gosip2 macam kat library, sb masing2 dah sibuk dng kerja yang diberi oleh bos...kami skali lagi dapt berkumpul bersma time induksi heheh best juga bila ada induksi ble jumpa lagi ...induksi umum di Hotel Seri Malaysia,Bagan Lalang selama 9 hari tak silap..best hehe..tepi pantai...but letih ler sampai aku demam.

last day induksi..ni dah nk blk umah

habis jer induksi masing2 sibuklah keja diseksyen masing-masing..kami makin tak rapat la but still contact smp sekarang melalui facebook la melalui facebook dapt la tahu perkembangan kengkawan ada yang dah kawin dah beranak pinak hahah ada yang still single..skrg ni geng2 ni dah tak duk NRE Putajaya..masing2 duk minta pindah ikut suami bila dah berkahwin..mcm aku  pindah Gua Musang hehhe..duk crita pasal kengkawan time sesama lapor diri lupa plak nk story pasal kwn yang rapat time kat BPSM..hehhe aku rapatdgn Emasusila dan Dahlia atau lebih dikenali sebagai geng tembam..time awal2 keja tue mmg kering melidi berat 38 kg..bila dah lama ckit keja kt NRE berat naik berkilo2 menjangkau 47kg hahaha

Bersama Dahlia...


Bersama Emasusila

Sekarang, bila berpindah di Gua Musang dah kurang kawan..berkawan dengan suami dan anak jer la..kemana2 pergi pun berkepit la dng suami dan anak2..walaupun terpisah dengan kengkawan but ini lah yang terbaik biasela bila dah kawin2 ni kena la ikut haluan masing2..kna ikut suami..namun persahabatan dengan kengkawan time blajar dan kerja tak kan dapt dilupakan dan masih berhubung le smp skrg..but i really miss you all my friends..
Hope satu hari nanti dapt la wat reunion semula...ok dah habis xoxo


Saturday 28 September 2013

KPSL N27

Assalamualaikum...

haapppyyyyyyyyyyy..Alhamdulillah..nk share berita gembira pasal exam KPSL N27...akhirnya telah lulus juga setelah berusaha bersunguh2 ewah..ewah..(mcm bangga la sgt..interview pun belum tentu dipanggil lagi)yelah bukan mudah untuk lulus.. nk g exam ni pun mcm2 rintangan...1st time ambil exam tue(tahun lepas) dilanda cirit-birit mmg seksa rasanya..duk sewa hotel plak tu sb tmpt tingal jauh dari tempat untuk ambil exam..tempat tingal di Gua Musang..tempat exam di Kota Bharu..terpksa tinggal kan ank..suami jaga...dia siap demam panas lagi mmg sedih lah..nasib baik lulus dua paper dari tiga paper..
             Second time ambil utk satu paper jer lagi tue en.Suami tercinta ambil cuti dua hari hantar dan temankan ambil exam di Kota Bharu..ank pun time tu tak sihat..exam second time tu 26/6/2013..dapt tengok result tu 25/9/2013..mmg happy la sgt sebab lulus, terbalas juga la penat lelah study dan dtg periksa jauh2 ni ..dari Gua Musang Ke Kota Bharu ambil masa lebih kurang tiga jam juga la perjalanan..letih ...
             Hopefully dipanggila  untuk interview tahun hadapan..dan yang penting interview tu berjaya..:)

Wednesday 18 September 2013

PENYAKIT ASMA :(

ASSALAMUALAIKUM....

Arini saya nk cakp pasal Penyakit Asma:(..sedih sb my Hero ada gejala Asma..hopefully bila dah besar Asma dia tu sembuh ...

Kita Mulakan dengan maksud Penyakit ASMA= Penyakit Asma

merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Faktor-faktor Penyakit Asma:
1. Keturunan

    Jika di dalam sebuah keluarga kita yang ada  menghidap penyakit asma, maka                 
    kemungkinan besar keturunannya seterusnya juga akan menghidapi asma. Dan penyakit ini       tidak menular, melainkan melalui keturunan.

2. Pemakanan

     Makanan yang mengandung kadar MSG dan pengawet tinggi sangatlah untuk di jauhi, salah      satunya seperti kacang, minuman ais atau dingin, udang,telur dan coklat.


3. Udara Dingin

    Suhu yang dingin akan mengakibatkan timbulnya penyakit asma. Seperti cuaca hujan, 

    penggunaan Aircond dengan suhu yang tinggi dan di daerah-daerah pegunungan.
4. Persekitaran
   Persekitaran yang penuh debu, kotor, dan asap merupakan tempat awalnya timbul penyakit      asma. Kerana hal tersebut sangat mengganggu dan sangat sensetif dengan paru-paru. Oleh    sebab itu sarankan untuk menjaga kesihatan dan kebersihan persekitaran anda dari kotor-        kotor 

cara mengatasinya;
-Jaga Pemakanan
-Hindarkan diri dari terdedah dengan habuk,debu, bulu kucing,permaidani dan asap rokok.
-Mengambil ubat2 yang disarankan oleh doktor(Inhaler)