About Me

My photo
Seorang anak,isteri,ibu dan kerani:)

Search

Total Pageviews

Thursday 15 March 2012

MENARA CONDONG

         Menara condong di teluk intan pastinya memukau pelawat kerana berbentuk ala-ala pagoda yang sedikit condong. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari jauh bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki. Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit  dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar- betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan; bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.Menara ini menjadi condong kerana dahulunya terjadinya banjir besar di Teluk Intan...unik kan menara ini ..so mari la beramai2 dtg melawat ke perak..cuti2 malaysia