Assalamulaikum
Hai hari ini aku nak share resepi yang simple iaitu Begedil.Malam tadi aku wat Begedil ni so rasa nak share la kat blog aku ni.
Bahan:
- Isi Ayam
- Kentang
- Bawang Goreng
- Daun Sup
- Telur
- Garam
- Serbuk Lada Hitam
Cara-cara Membuatnya:
- Potong isi ayam dan kentang sedang-sedang nipis untuk memudahkan dan mempercepatkan proses mengoreng/merebus.(malam tadi aku goreng jer sebab nak cepat.
- Kemudian isi ayam dan kentang tersebut hendaklah dilenyek-lenyek atau ditumbuk menggunakan lesung batu yer.
- Lepas dah lenyek-lenyek tu gaul la isi ayam dan kentang tu hingga sebati, kemudian masukkan bawang goreng, daun sup, garam, serbuk lada hitam dan telur, gaul kesemua bahan tersebut.
- Kemudian gentel-gentel bahan yang telah digaul tadi wat sedarhana besar yer.
- Last, sekali goreng begedil tersebut dengan api yang sederhana besar. Goreng hingga nampak keperangan kemudian boleh lah dihidangkan.
p/s: Begedil ni sedap dimakan begitu sahaja atau dengan dimakan bersama bihun sup.
akak suka makan bergedil ni tapi tak pernah buat .. tq for sharing
ReplyDelete