About Me

My photo
Seorang anak,isteri,ibu dan kerani:)

Search

Total Pageviews

Saturday, 28 September 2013

KPSL N27

Assalamualaikum...

haapppyyyyyyyyyyy..Alhamdulillah..nk share berita gembira pasal exam KPSL N27...akhirnya telah lulus juga setelah berusaha bersunguh2 ewah..ewah..(mcm bangga la sgt..interview pun belum tentu dipanggil lagi)yelah bukan mudah untuk lulus.. nk g exam ni pun mcm2 rintangan...1st time ambil exam tue(tahun lepas) dilanda cirit-birit mmg seksa rasanya..duk sewa hotel plak tu sb tmpt tingal jauh dari tempat untuk ambil exam..tempat tingal di Gua Musang..tempat exam di Kota Bharu..terpksa tinggal kan ank..suami jaga...dia siap demam panas lagi mmg sedih lah..nasib baik lulus dua paper dari tiga paper..
             Second time ambil utk satu paper jer lagi tue en.Suami tercinta ambil cuti dua hari hantar dan temankan ambil exam di Kota Bharu..ank pun time tu tak sihat..exam second time tu 26/6/2013..dapt tengok result tu 25/9/2013..mmg happy la sgt sebab lulus, terbalas juga la penat lelah study dan dtg periksa jauh2 ni ..dari Gua Musang Ke Kota Bharu ambil masa lebih kurang tiga jam juga la perjalanan..letih ...
             Hopefully dipanggila  untuk interview tahun hadapan..dan yang penting interview tu berjaya..:)

Wednesday, 18 September 2013

PENYAKIT ASMA :(

ASSALAMUALAIKUM....

Arini saya nk cakp pasal Penyakit Asma:(..sedih sb my Hero ada gejala Asma..hopefully bila dah besar Asma dia tu sembuh ...

Kita Mulakan dengan maksud Penyakit ASMA= Penyakit Asma

merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Faktor-faktor Penyakit Asma:
1. Keturunan

    Jika di dalam sebuah keluarga kita yang ada  menghidap penyakit asma, maka                 
    kemungkinan besar keturunannya seterusnya juga akan menghidapi asma. Dan penyakit ini       tidak menular, melainkan melalui keturunan.

2. Pemakanan

     Makanan yang mengandung kadar MSG dan pengawet tinggi sangatlah untuk di jauhi, salah      satunya seperti kacang, minuman ais atau dingin, udang,telur dan coklat.


3. Udara Dingin

    Suhu yang dingin akan mengakibatkan timbulnya penyakit asma. Seperti cuaca hujan, 

    penggunaan Aircond dengan suhu yang tinggi dan di daerah-daerah pegunungan.
4. Persekitaran
   Persekitaran yang penuh debu, kotor, dan asap merupakan tempat awalnya timbul penyakit      asma. Kerana hal tersebut sangat mengganggu dan sangat sensetif dengan paru-paru. Oleh    sebab itu sarankan untuk menjaga kesihatan dan kebersihan persekitaran anda dari kotor-        kotor 

cara mengatasinya;
-Jaga Pemakanan
-Hindarkan diri dari terdedah dengan habuk,debu, bulu kucing,permaidani dan asap rokok.
-Mengambil ubat2 yang disarankan oleh doktor(Inhaler)






Thursday, 15 March 2012

MENARA CONDONG

         Menara condong di teluk intan pastinya memukau pelawat kerana berbentuk ala-ala pagoda yang sedikit condong. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari jauh bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki. Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit  dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar- betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan; bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.Menara ini menjadi condong kerana dahulunya terjadinya banjir besar di Teluk Intan...unik kan menara ini ..so mari la beramai2 dtg melawat ke perak..cuti2 malaysia



Sunday, 5 February 2012

PANTAI KANDIS

ASSALAMUALAIKUM
Sudah lama sy tak update blog ni..arini baru ni update...ok2...arini nk crita pasal blk kg di Bukit  Merbau ..kg sebelah husband..time blk kg tue kami ada g umah kakak ipar yang terletak di Tok Bali.Sebelum g umah kak ipar, kami pergi ke majlis perkahwinan kawan suami..so pegi umah kak ipar dgn pakai baju kurung sewaktu ke majlis perkahwinan kawan suami.  Sampai jer umah kak ipar dia tak da plak..bkn apa..nk g umah dia tak kasi tau awal2 pun..main redah ajer..dah sampai baru sibuk telefon sb dia tak da kat umah..dia pun g majlis kawin kat kg dia...tungu2 tak blk2 juga ..last2 g la lepak di pantai yang berdekatan dengan umah dia..iaitu PANTAI KANDIS..so posing2 la bergambar kat situ smbil menghirup udara yang segar..huhu..



  

ini sy, Aalif(son) dan husband..

Kak ipar kasi tau lepas blk dari majlis kawin dia akan dtg ke pantai kandis juga..so jumpa dia kt situ..sementara menunggu kami terus berposing2 lah lagi heheh














 Pic kat atas tue kak ipar dan anak dia ada skali tu join berposing hehe



oklah itu jer la sy nk story pasal g Pantai Kandis..jumpa lagi k bye..bye..bye

Tuesday, 6 December 2011

Beza Suka Dan Cinta


1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
   berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
   suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

-*pick from others site*

Monday, 5 December 2011

Demam...selsema..

Alhamdulillah..anak mama dah ok dari selsema..lama juga dia selsema..bawa g klinik smp dua kali..suntikkan utk 6 bulan pun belum lagi utk dia..terpaksa di tundu pada 26/12 masa tue usia dia dah naik ke 7 bln..macam2 tips yang sy dapat dari kawan2,doktor dan internet utk mengatasi demam dan selsema yang anak sy alami..di sini sy nk share tips2 itu ek.

1.  Jika badan baby kita panas sgt letakkan air bunga raya diatas kepalanya kalau ada kool fever letak la   
      juga ek.

2.   Kalau tak da daun bunga raya letak jer air asam jawa..berkesan juga tau.

3.  If selsema plak letak vicks kt dada,belakang dan hidung dia.

3.  Bakar bawang putih kemudian lenyek2kan dng minyak letak kat dada baby tue lah

4.  Asah kunyit idup dng minyak kemudian letak la dihidung baby kita tue

5.   Kalu hinggus dia bnyk sedut dng alat penyedut bole didapati di farmasi atau dipasar raya..nk berkesan lg
      sedut guna mulut sndr(heheh tapi sy tak penah try ag sedut guna mulut)

6.  Beri baby kita tue madu setiap pagi..tapi kasi skit2 dah lah sb madu tue panas

7.  Wapkan dada baby dng air panas(hati2 la ye)


itu ajer la tips yang sy ada..yang penting bawa la baby tue ke klinik..anyway baby yang bawah setahun tak digalakan utk mkn ubat..but ..at least kita tahu tahap demam dan selsema ank kita then kita juga dapat nasihat dari doc utk berdepan dng keadaan ank yang tak sihat..ia penting terutama kepada parent yang baru mempunyai anak ni mcm sy la mmg zero experiance..heheh.

SALAM TAKZIAH


Saya nk ucapakan jutaan takziah kepada Khairul fahmi@apek dan keluarga atas pemergian adik tersayang Mohd Amirul Izzat 16 . Punca kematian Allahyarham adalah kerana demam denggi. Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.Sekali lagi saya nk ucapkan takziah diatas musibah yang menimpa Khairul Fahmi dan keluarga.AL-FATIHAH..

Sunday, 4 December 2011

CANTIK YANG MENYAKITKAN....

HI..memang cantikkan kalau kita lihat wanita2 yang memakai kasut tumit tinggi..?nampak bergaya..dan nmpk lebih tinggi lagi la bagi wanita yang agak rendah mcm saya ni..mmg la wanita sukar utk dipisahkan dgn kasut tumit tinggi..tapi, tahu kah kita bahawa dengan memakai kasut tinggi memberi beberapa kesan buruk kepada si pemakainya..?huhu.. di sini ada beberapa kesan buruk nya:

  1. Menjejaskan peluang untuk dapat anak
  2. Punca rambut gugur
  3. Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh menjejaskan organ dalaman dan  kesuburan wanita
  4. Menyebabkan  leher, lutut, sendi, tulang belakang dan, bahu menjadi sakit
  5. Menyebabkan pening kepala, gangguan haid
huhu..agak menakutkan juga ek kesan2nya..so kurangkan la pemakaian kasut tumit tinggi..terutamanya jika ingin pergi ke shopping complex..biase la kalau perempuan tue dah g shopping  mesti nk tawaf  satu shopping complex tu huhu ..baru rsa puas hati ..:)