About Me

My photo
Seorang anak,isteri,ibu dan kerani:)

Search

Total Pageviews

Wednesday 18 September 2013

PENYAKIT ASMA :(

ASSALAMUALAIKUM....

Arini saya nk cakp pasal Penyakit Asma:(..sedih sb my Hero ada gejala Asma..hopefully bila dah besar Asma dia tu sembuh ...

Kita Mulakan dengan maksud Penyakit ASMA= Penyakit Asma

merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Faktor-faktor Penyakit Asma:
1. Keturunan

    Jika di dalam sebuah keluarga kita yang ada  menghidap penyakit asma, maka                 
    kemungkinan besar keturunannya seterusnya juga akan menghidapi asma. Dan penyakit ini       tidak menular, melainkan melalui keturunan.

2. Pemakanan

     Makanan yang mengandung kadar MSG dan pengawet tinggi sangatlah untuk di jauhi, salah      satunya seperti kacang, minuman ais atau dingin, udang,telur dan coklat.


3. Udara Dingin

    Suhu yang dingin akan mengakibatkan timbulnya penyakit asma. Seperti cuaca hujan, 

    penggunaan Aircond dengan suhu yang tinggi dan di daerah-daerah pegunungan.
4. Persekitaran
   Persekitaran yang penuh debu, kotor, dan asap merupakan tempat awalnya timbul penyakit      asma. Kerana hal tersebut sangat mengganggu dan sangat sensetif dengan paru-paru. Oleh    sebab itu sarankan untuk menjaga kesihatan dan kebersihan persekitaran anda dari kotor-        kotor 

cara mengatasinya;
-Jaga Pemakanan
-Hindarkan diri dari terdedah dengan habuk,debu, bulu kucing,permaidani dan asap rokok.
-Mengambil ubat2 yang disarankan oleh doktor(Inhaler)






No comments:

Post a Comment