About Me

My photo
Seorang anak,isteri,ibu dan kerani:)

Search

Total Pageviews

Wednesday, 30 November 2011

POKOK BERACUN

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan... anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.



Kongsi info: http://www.NurulAmir.com/

SELAMAT DATANG DISEMBER............


Arini dah 1 Disember..musim tengkujuh...musim banjir..terutamanya di negeri2 pantai timur..nasib baik disini  tak banjir..huhu..ni dah masuk bulan baru..Aalif tak sembuh2 lagi selsemanya tue..huhu..time cuti sekolah ni la ramai plak yang nk kawin walaupun asyk hujan..adoi tak puas btul nk mkn if time majlis kawin tue hujan..
...dah tak lama nk masuk tahun baru..huhu..kena buka buku baru ni..jadikan tahun ni sbg pengajaran utk memperbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik pada tahun hadapan..kena berubah huhu..
hope bole jadi ank..isteri dan ibu yang lebih baik heheh..bole ke?i try my best k...

Tuesday, 29 November 2011

Pengasuh Oh Pengasuh

Adoi..mana la nk cari pengasuh baru ni?..pengasuh lama dah tak mau jaga Aalif..hmm masalah2..Aalif plak demam dan selsema..risau la kat dia..merenget2 la susah nk nafas..minum susu pun tak berselera..apa la nk jadi dng anak mama ni..risau la dah dua minggu selsema..demam dah masuk dua kali 1st tue time awal selsema ni dia demam semula
selsema pun tak sembuh2 lagi..
dah la alif ni jenis tak mau mkn ubat..tengok ubat pun dah nangis..sedih pun ada..skrg ni nk kena cari pengasuh baru la plak..harap dapat la cari pengasuh yang dapt jaga Aalif dng baik..tak da la jaga mcm melepaskan batuk ditangga..skadar nk duit ajer..

BAPA KEJAM

Bapa bunuh anak dalam mesin basuh
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 30, 2011


PARIS - Seorang penganggur didakwa membunuh anak lelakinya berumur tiga tahun selepas menyumbat budak itu ke dalam mesin basuh yang suisnya turut dihidupkan, menurut jurucakap mahkamah, kelmarin.

Christophe Champenois, 33, dari Meaux berhampiran Paris dipercayai mengenakan huku-man kejam tersebut terhadap Bastien hanya kerana dia membuang lukisan rakannya semasa berada di pusat jagaan
.
Champenois yang berang dengan kenakalan anaknya telah ‘membasuh’ kanak-kanak malang itu selama beberapa minit.

Akhbar Le Parisien melaporkan, jiran mangsa menyatakan Charlene, 25, ibu kepada Bastien meminta pertolongannya untuk membawa kanak-kanak tersebut ke hospital selepas mendakwa anaknya cedera akibat terjatuh dari tangga.

Tetapi dia mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati tangan dan kaki Bastien sudah terkulai serta tidak bermaya seselama beberapa minit sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia pada Jumaat lalu.

“Kakak mangsa yang berumur lima tahun turut mengadu kepada saya bahawa ia bukanlah kali pertama bapa mereka ‘membasuh’ adiknya,” menurut jiran mereka dikenali sebagai Alice.

Akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut, hakim mahkamah di Meaux me-ngarahkan pasangan suami isteri yang mempunyai tujuh cahaya mata itu ditahan untuk siasatan lanjut sementara kesemua anak mereka ditempatkan di bawah pusat jagaan.

LET IT GO...

Time is the key. When you love someone you must know when it is time to let go.

As hard as this may sound, strength, courage and knowledge is gathered from a broken heart.
  
No one promised that love would last forever, nor that it wouldn't, it's just a chance.

Life is a chance. Love yourself, pray, not only for you, but for that person as well. Never let bad feelings or experience change the person you are.

No one wants a wounded bird, so understand that you need time to heal internally.

 There is no set time on when this will happen, but just let it take it's course.

When the time is right, and you feel like you are ready to love again, don't look for it, let it find you.

 Keep God first, and never question his work.

 We will never know what the man has in store, and who is to say that you two won't love again, when the time is right, or maybe you both have matured.

Life is short, so enjoy and savor your breath. Your battle is not lost, you are just beginning to live. God bless you and keep you strong. 

Sunday, 27 November 2011


Jika seorang anak hidup dengan BIDASAN, dia belajar untuk MENGUTUK,
Jika seorang anak hidup dengan PERMUSUHAN, dia belajar untuk BERGADUH,
Jika seorang anak hidup dengan CEMUHAN, dia belajar untuk RAGU-RAGU,
Jika seorang anak hidup dengan KEAIBAN, dia belajar untuk RASA BERSALAH,
Jika seorang anak hidup dengan TOLERASI, dia belajar untuk BERSABAR,
Jika seorang anak hidup dengan GALAKAN, dia belajar untuk YAKIN,
Jika seorang anak hidup dengan PUJIAN, dia belajar untuk MENGHARGAI,
Jika seorang anak hidup dengan KESAKSAMAAN, dia belajar untuk ADIL,
Jika seorang anak hidup dengan PENERIMAAN & PERSAHABATAN, dia belajar untuk MENEMUI KASIH SAYANG.

The Journey.......

Time wait for no one..
sure as tide pull the ocean..........